Tuesday, March 23, 2010

Siri 1: Masyarakat ITIK


Model masyarakat dapat kita kiaskan kepada beberapa jenis makhluk yang Allah swt jadikan. Semua makhluk Allah -tidak terkecuali- sebenarnya bermanfaat kepada manusia sebagai bahan renungan dan pengajaran.Banyak pengajaran dapat dikutip daripada cerita-cerita binatang dalam versi lama dan baru. Dalam tulisan terdahulu, saya telah bercerita tentang SANG SEMUT yang amat unik kejadiannya...hingga Allah menamakan salah satu SURAH Al-Quran dengan namanya -An-Namlu- mungkin kerana keunikannya dan kehebatannnya juga demi memberi pelajaran kepada manusia yang berakal.

ITIK ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dan kelas burung. ITIK kebiasaannya ialah burung akuatik, lebih kecil daripada saudaranya iaitu swan dan angsa, dan boleh ditemui di air tawar dan laut.

ITIK dipelihara untuk daging atau telurnya. Di Malaysia, negeri utama pengeluar telur ITIK ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Kebanyakan ITIK mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. ITIK makan pelbagai jenis makanan seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil, cacing dan moluska kecil.

ITIK-ITIK yang banyak boleh kita anggap ia adalah Masyarakat ITIK.

Mari baca kisah ITIK menurut Cikgu Naim dalam Dikir Baratnya:

dengar lah molek molek
ambo nak royat kisah itik
lagu ambo bunyi pelik
tapi kalu dengar pikir baik baik

itik kaki jelepek
mulut sudu belakang pulak lentik
jale napok bergolek
tok ime tengok pun jadi ralit

bla laah..

sapo tak kenal itik
ala tuan tanda nak mati
kalu tempat mengatik
ala tuan ore pakat cari

la la lala laa lala laaa laa
ini kisah itik

kalu perhati tengok
itik jauh beza dengan ayam
itik tino tubuh montok
itik jantan tubuh nak panjang

palo itik licin minyok
buleh kerat buat perhiasan
cuma perangai jah tadok gamok
berehi mena main bawah jemoran

bla lahh..

loni dengan dulu ala tuan
itik beza perangai
itik dulu malu ala tuan
zaman lani rok raai

la la lala laa lala laaa laa
ini kisah itik

itik berehi bertelor
tapi perangai malas mengeram
lepas telor tinggal rata
celah rumput dale rok lalang

ado jugak manusia dengan itik
perangai lebih kurang
lepas beranak tohok rata
tepi parit kot birai longkang

bla lahh..

gejala buang anak ala tuan
banyak benar terjadi
manusia tergamok ala tuan
bunuh anak sediri

la la lala laa lala laaa laa
ini kisah itik

kelemahan itik kampung
apa bila masuk ke bandar
kade kade nye cucuk hidung
rambut hitam dia kalar hijau

tak pakai dah kain sarung
sakat mana dia kenal seluar
kade kade di kuala lumpur
tok lebai tgk sampai cabut semutar

bla lahh

bakpo gak gini jadi ala tuan
kita orang melayu
gaya mana mari ala tuan
bangsa kita tiru

la la lala laa lala laaa laa
ini kisah itik

tabiat puak itik
dia suka bergaul bebas
tunang orang pun dia kilik
bini ore pon dia kebas

sabit ramai kena penyakit
akibatt kerana ambik dadah
dey kena penyakit aids
ibu bapak nyawa tak puas

bla lah

manusia hari ini ala tuan
lupa dosa pahala
kita ore mukmin ala tuan
ingat syurga neraka

la la lala laa lala laaa laa
ini kisah itik

Masyarakat ITIK mencerminkan masyarakat yang mengikut ketua secara membuta tuli tanpa berfikir. Seekor berak, semua ikut berak. Seekor berhenti, semua yang lain berhenti....

Pesanan saya, jangan jadi macam masyarakat ITIK....

No comments: