Thursday, March 7, 2013

Mari kita berfikir....


Rasulullah SAW adalah insan paling sempurna diutuskan Allah SWT ke alam ini. Antara sifat wajib bagi Nabi SAW ialah fatonah (bijaksana). Allah Maha mengetahui bahawa manusia yg akan dihadapi Nabi ialah golongan pembesar, cendikiawan dan lain-lain yg memang bijaksana.

Untuk itu Nabi diasuh oleh Allah SWT untuk menjadi bijak dan matang dalam konteks PR-nya dgn masyarakat. Bagaimana Nabi diasuh atau ditarbiah. oleh Allah SWT sejak kecilnya sehingga membesar dgn bijaksana?!

Nabi SAW bersabda:

أدبني ربي فأحسن تأديبي

"Tuhanku yg mendidikku, maka Dia lah sebaik-baik yg mendidik".


Ia diakui oleh semua orang pada masa itu; namun berubah bila Muhammad bin Abdullah dilantik jadi Nabi. Gelaran Muhammad al-Amin tidak releven lagi bila umur Nabi menjangkau 40an. Saya tak nak berbincang isu pujian yg hilang bila wahyu turun.

Yang saya nak tekankan di sini ialah Nabi maintain kebijaksanaannya sehingga terus maju dan cemerlang mentarbiah para sahabat yg luar biasa kemampuannya berdepan massa yg bersifat majmuk.

Jawapan ringkasnya ialah baginda Nabi SAW sentiasa positif dalam hidup. Berfikiran positif dalam semua perkara tanpa jemu. Rajin merenung dan memerhati alam ciptaan Allah SWT dan optimis kpd janji Allah kpd mereka yg berusaha dan berjihad.

Betul juga pantun orang tua-tua kita kata;

Bumi berkerikir,
Langit bertemberang,
Orang fakir fikir,
Menjadi hamba orang.

Wallahua'lam....

UsTACZ

No comments: