Wednesday, June 12, 2013

Imam Syahid Hasan Al-Banna menyeru kalian!!!!

يا أخى …
Tulisan Imam Syahid Hasan Al-Banna Rahimahullah:
Terjemahan: UsTACZuntitled
1 - Hendaklah kalian sentiasa ingat bahawa Islam merupakan prinsip, aqidah, kemuliaan, ibadah, tasyri' dan jihad.
2 - Bahawa setiap jengkal bumi yang didapati padanya jiwa Islam yang berulang-alik ke situ, ia merupakan sebahagian dari tanahair Islam yang maha mulia ini.
3 - Hendaklah kalian ingat bahawa kalian punya matlamat (ghoyah). Matlamat kalian ialah agar Tasyri' Islami akan memerintah di bumi ini.
4 - Bahawa kalian punya cita-cita. Cita-cita kalian paling tinggi ialah mati sebagai pejuang yang syahid di jalan Allah.
5 - Siapakah yang akan menjadi teman seperjuangan yang akan membantu kalian menggapai matlamat kalian? Maka kalian hendaklah berusaha sedaya mungkin mencintai ikhwah kalian sedalam-dalamnya.
6 - Ingatlah bahawa orang yang tidak mampu mengekang kehendak nafsunya sendiri tidak akan mampu memberi nasihat kepada orang lain. Maka hendaklah kalian menyucikan jiwa kalian terlebih dahulu.
7 - Bahawa ilmu adalah lampu mereka yang berjalan, maka jangan sekali-kali kalian berjalan di bumi tanpa lampu (panduan).
8 - Ingatlah bahawa satu sen yang kalian miliki adalah sebahagian dari kekayaan ummah kalian, maka hendaklah kalian prihatin dari mana ia diperolehi dan ke mana ia dihabiskan...
9 - Ingatlah bahawa agama kalian ini bersifat toleransi (bertolak-ansur) kepada semua mereka yang membuat perjanjian. Agama ini sentiasa memberi keadilan kepada mereka itu. Namun agama ini juga bersifat tegas kepada mereka yang bermusuh dan melakukan penentangan secara terang-terangan ke atasnya (ke atas agama Islam ini).
10 - Akhirnya hendaklah kalian ingat bahawa kaum muslimin adalah kaum yang bersatupadu. Mereka wajib berusaha ke arah merealisasikan kesatuan itu hingga kekuatan mereka dapat dirasai di setiap inci bumi ini.
————————————–
المصدر : أحد توجيهات الإمام حسن البنا ، الذى نشرته جريده الإخوان المسلمون ، فى عددها رقم (46) ، فى السنة الثانية ، بتاريخ 18 ذو القعدة 1363 هـ – الموافق 4 نوفمبر 1944 م ، صفحة (10) .

No comments: