Sumber : Ikhwan Online
Terjemahan: Ustaz Munawwar Mohamed
Fatwa Dr Yusof Al-Qardhawi , Pengerusi Kesatuan Ulama
Antarabangsa mengenai kewajiban memberi sokongan kepada Presiden Mesir yang
dipilih Dr Mohamed Morsy, mengekalkan dan melaksanakan perlembagaan, menyeru
General As-Sisi dan pengikutnya untuk berundur demi memelihara perundangan dan
demokrasi di Mesir..
Nas Fatwa :
Segala puji bagi Allah,
selawat dan salam ke atas pemimpin dan imam kita Nabi Muhamad s.a.w., dan
seluruh saudara-saudaranya di kalangan para nabi dan Rasul, kepada keluarga dan
sahabat baginda dan seluruh yang mengikuti perjuangan dan jejak langkah baginda
sehingga hari qiamat.
Ini adalah fatwa yang aku
keluarkan untuk semua rakyat Mesir , siapa yang beriman dan bertuhankan Allah,
beragamakan Islam , menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan rujukan apabila
berlaku kekeliruan, yang menjadikan Nabi Muhammad sebagai rasul dan nabi dan menjadikan syariat Islam dengan segala
kesyumulan , kesempurnaan dan keseimbangannya sebagai ikutan. Ketika berlaku
masalah-masalah, dan manusia penyelesaian dari kiri dan kanan, mereka pasti
mendapat penyelesaian terbaik dan paling suci dari kitab Allah dan sunnah
rasulNya.
“Siapa yang Allah tidak jadikan kepadanya cahaya, maka dia tidak akan beroleh cahaja petunjuk".
“Siapa yang Allah tidak jadikan kepadanya cahaya, maka dia tidak akan beroleh cahaja petunjuk".
Rumusan fatwa saya ini, yang
juga dibantu oleh ramai ulama’ al-Azhar, ulama seluruh dunia arab dan sunni Islam, dan juga ulama’ dari kesatuan Ulama Antarabangsa yang mana saya selaku
pengerusinya:
Rakyat mesir semenjak 30
tahun (juga boleh dikatakan 60 tahun ) lalu tidak pernah berpeluang untuk
memilih Presiden Negara mereka sendiri sehinggalah Allah memberi peluang
tersebut lalu mereka dengan kehendak dan pilihan sendiri telah memilih Presiden
Muhammad Morsy sebagai Presiden mereka. Mereka telah memberikan akujanji dan
ikrar untuk mendengar dan mentaati dalam keadaan susah atau senang, dalam
perkara yang mereka sukai ataupun tidak. Semua kelompok penduduk sama ada
masyarakat awam atau tentera, pemerintah mahupun rakyat termasuklah General Abd
Fataah as-Siisi yang merupakan Menteri Pertahanan dan Produksi Perang dalam
kementerian yang diketuai oleh PM , Dr Hisham Qandil, telah bersumpah dan
berbaiah di hadapan mata kita semua untuk mendengar dan mentaati Presiden Morsy.
Dia telah melaksanakan ketaatannya itu sehinggalah kita melihat dia berubah
dari seorang menteri tiba-tiba menjadi seorang yang mempunyai kuasa tertinggi
yang dengannya menjadi alasan untuk memecat Presidennya sendiri. Dia telah
melanggar baiahnya dan memihak kepada satu pihak menentang satu pihak yang lain
dengan mendakwa kononnya dia memihak kepada majoriti rakyat Mesir.
General As-Siisi dan mereka
yang sepertinya ini telah melakukan kesilapan sama ada dari aspek perlembagaan
dan juga aspek syariat.
Dari aspek perlembagaan,
Presiden sah yang terpilih melalui pilihanraya yang demokratik , tanpa syak dan
ragu perlu meneruskan kerja-kerja dan portfolionya sepanjang masa mandat
Presiden iaitu selama 4 tahun, selagimana dia berupaya meneruskan kerjanya,
dan tidak mengalami sesuatu yang mencacatkan kerjanya. Sekiranya dia ada salah,
dia sendiri telah mengakuinya. Dengan itu, rakyat, dan kuasa politik yang
pelbagai boleh membaiki kesilapannya itu, menasihatinya dengan sabar. Namun dia
masih tetap Presiden kepada semua rakyat Mesir.
Namun , jika satu kelompok
rakyat keluar dari mentaati Presidennya, dan memberikan kuasa kepada diri
mereka untuk menguasai rakyat, memecat presiden dan membatalkan perlembagaan
negara mereka sendiri, seterusnya melantik Presiden yang lain, dan perlembagaan
yang lain; semuanya ini adalah kerja-kerja batil. Ini kerana mereka telah
mencipta kekuasaan yang tidak bersumberkan kepada rakyat, bahkan mereka telah
melanggar janji mereka dengan Allah dan melanggar janji mereka dengan rakyat.
Mereka juga telah membatalkan pencapaian revolusi rakyat Mesir yang hebat itu,
yang mana dengan revolusi tersebut, rakyat berjaya membangunkan Negara
demokrasi yang telah lama diimpikan, mereka sanggup berkorban selama puluhan
tahun sehingga mereka berjaya mendapatkannya. Oleh itu perlembagaan Mesir dan
system demokrasi menolak segala proses dan decree yang tidak menurut prinsip
undang-undang dan perlembagaan.
Manakala dari aspek syariat
pula; Syariat islam yang diingini oleh penduduk Mesir adalah menjadi sumber
rujukan mereka untuk mendirikan Negara Madani , bukannya Negara agama
teokratik. Oleh itu wajib kepada siapa sahaja yang beriman dan merujuk kepada
syariat Islam ini untuk mentaati Presiden mereka yang sah , melaksanakan
arahannya dan menerima segala nasihat dan taklimatnya dalam dalam semua aspek
kehidupan dengan 2 syarat:
Syarat Pertama: Dia secara
terang-terangan tidak menyuruh rakyatnya melakukan maksiat kepada Allah. Inilah
yang ditunjukkan oleh banyak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari, Muslim dan lain-lain perawi. Antaranya:
"اسمعوا وأطيعوا وإن استعمل عليكم عبد حبشي كأن رأسه
زبيبة" عن أنس بن مالك.
Maksudnya: “Dengar dan
taatlah walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba habasyi yang kepalanya hitam
seperti buah zabib.
"من رأى من أميره شيئا يكرهه، فليصبر، فإنه ليس أحد يفارق الجماعة
شبرا، فيموت، إلا مات ميتة جاهلية" عن ابن عباس.
Maksudnya: Siapa yang melihat
ketuanya perkara-perkara yang tidak disenanginya, maka hendaklah dia bersabar
kerana setiap orang yang meninggal jamaah muslimin walaupun satu hasta lalu dia
mati, matinya itu adalah dalam keadaan mati seorang jahiliyah.
“السمع والطاعة حق على المرء المسلم، فيما أحب وكره، مالم يؤمر
بمعصية، فإذا أمر بمعصية، فلا سمع ولا طاعة" عن ابن عمر.
Maksudnya: Dengar dan taat
adalah hak wajib ke atas seorang muslim samada dalam perkara yang dia suka
ataupun benci, selagi mana tidak diperintahkan mengerjakan maksud. Jika dia
diperintah mengerjakan maksiat, tiada lagi kewajiban dengar dan taat.
Rasulullah berkata kepada Ali
(ra): “Sesungguhnya taat itu dalam perkara makruf”.
Inilah juga perkara yang
ditunjukkan oleh al-Quran mengenai Baiah an-Nisaa’ di Aqabah dalam firman Allah
yang bermaksud: “Dan kamu jangan menderhakainya dalam perkara makruf”.
Kita tidak pernah lihat dari
Dr Muhamad Morsy apa yang boleh disabitkan sebagai arahan maksiat secara
terang-terangan darinya. Bahkan apa yang dikatakan dan emosi beliau dalam
demonstrasi di Dataran Tahrir sebelum ini adalah kebaikan dan kelebihannya ,
bukan kekurangannya.
Syarat kedua: Dia tidak
mengeluarkan arahan-arahan yang boleh mengeluarkan rakyatnya dari agama mereka
dan menjadi kafir yang nyata tanpa ragu. Inilah yang dinyatakan dalam hadir
Ubadah (ra) : Kami berbaiah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam
keadaan sudah dan senang, kecuali jika dilihat kekufuran yang nyata buktinya dari
Allah. Hadis muttafaq alaih. Satu athar lagi berkata: “Kita tidak merebut
sesuatu dari empunyanya”.
Dari sini dapatlah kita
yakini bahawa PresidenMursy adalah presiden Mesir yang sah, tidak pernah
menyuruh maksiat dan tidak pernah melakukan kekufuran nyata. Bahkan sebalinya,
dia merupakan seorang lelaki yang berpuasa, dan mendirikan malamnya beribadah
kepada Allah, prihatin untuk mentaati Allah.
Oleh itu menjadi kewajiban untuk dia dikekalkan sebagai Presiden dan tidak
boleh sesiapapun untuk mendakwa dia mempunyai kuasa untuk memecat beliau dari
jawatannya itu.
Dakwaah General as-Siisi
bahawa kononnya dia melakukan perkara tersebut untuk kepentingan rakyat dan
mencegah dari perpecahan rakyak kepada dua puak, sebenarnya tidak boleh menjadi
alasan untuk dia menyebelahi satu pihak menentang pihak yang lain.
Individu-individu yang
menolong usaha jahat as-Siisi ini sebenarnya tidak mewakili majority rakyat
Mesir. Imam Besar Dr Ahmad at-Toyyib, pengerusi Kesatuan Ulama’-ulamak Senior
Al-Azhar (saya salah seorang ahlinya) tidak pernah meminta pandangan kami
sebelum dia bercakap mewakili kami. Dia telah silap dalam tindakannya menyokong
pemecatan Presiden yang sah. Dengan itu dia telah melawan Ijmak umat ini.
Pendiriannya tidak disandarkan kepada al-Quran dan Sunnah, bahkan seluruh isi
kandungan al-Quran dan Sunah bersama dengan Presiden Mursy. At-Toyyib juga
telah membelakai ulama’ umat Islam yang tidak akan menyebelahi mana-mana
peribadi dengan menggadaikan ilmu mereka. Alasan yang dinyatakan oleh at-Toyyib
adalah kerana mengambil mudarat yang ringan (dengan menyokong pemecatan
Mursy). Siapa yang kata bahawa memecat
presiden yang sah, menolak perlembagaan yang disokong dua pertiga rakyat,
menimbulkan kerosakan teruk dalam masyarakat mesir bagi tempoh yang hanya
diketahui oleh Allah, sebagai mudarat yang lebih ringan? Siapa yang kata
sedemikan? Bahkan ia adalah mudarat terbesar yang telah diberikan ancaman
mengenainya oleh al-Quran dan as-Sunnah dan semua pendapat para ulama’.
Alangkah baiknya jika Dr
At-Toyyib berinteraksi terhadap Dr Mursy sama dengan interaksinya dengan Husni
Mubarak dahulu. Kenapa dia menimbang sesuatu dengan dua penimbang yang berbeza?
Ini mendatangkan kemusnahan kepada penanan al-Azhar yang sentiasa bersama
rakyat dan bukan pemerintah yang zalim dan diktator.
Baba Teotrous juga tidak
mewakili kesemua masyarakat Qibti untuk bercakap bagi pihak mereka. Bahkan
ramai di antara mereka yang bersama Parti FJP dan parti-parti Islam yang lain.
Begitu juga al-Baradaei yang tidak mewakili keseluruhan parti Jabhah Inqaz.
Hanya segelintir ahli partinya yang bersekongkol dengannya dan ia tidak
mewakili goloongan penentang kepada Mursy.
Mereka yang dikatakan
mewakili Parti An-Nur , hanyalah segelintir dari kalangan mereka yang telah
dikenali sedangkan semua para pendokong salaf dan jamaah Islamiyah, parti-parti
kebangsaan, indivisu yang bermaruah semuanya menentang arus pemberontakan
tersebut. Pemberontakan inilah yang hamper membawa Negara ini paa kesudahan
yang tidak diingini.
Saya menyeru General as-Siisi
dan siapa sahaja yang bersamanya dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, kepada
semua parti-parti, kuasa-kuasa politik di Mesir, menyeru saudara-saudaraku dari
kalangan ulama’ di seluruh dunia, semua pencinta kebebasan, maruah dan
keadilan, agar bersama untuk mempertahankan kebenaran, dan mengembalikan
Presiden Mursy ke tempatnya yang sah, berterusan menasihatinya, dan meletakkan
perancangan dan strategi untuk memelihara kebebasan dan demokrasi yang kita
perolehinya dengan darah-darak kita sendiri. Kita tidak akan membiarkannya
tumpah dengan sia-sia.
Husni Mubarak selama 30 tahun
telah merosakkan Negara, menghina rakyat, mencuri harta Negara dan melarikannya
keluar Negara. Dia juga telah mengupah samseng-samseng untuk melindungi para
pengikutnya dan dia juga melakukan pelbagai lagi kerja-kerja kerosakan dan
melampau. Dia telah menyerahkan Negara ini dalam dalam keadaan totally punah
ranah. Ini semua berlaku dan pihak tentera tidak pun mengambil inisiatif untuk
memecatnya, tetapi dia (Mubarak) telah mewakilkan tentera memastikan
penggantinya juga sealiran dengannya. Adakah kita boleh bersabar selama 30
tahun dengan Mubarak tetapi tidak boleh bersabar walau satu tahun dengan Dr
Mursy? Keaiban di sini bukannya kepada system demokrasi, tetapi kepada orang
yang melaksanakannya. Untuk membaikinya, kita perlu merealisasikannya, bukan
meruntuhkannya.
Haram untuk Mesir melakukan
semua ini: Untuk merosakkan perlembagaannya, untuk membiarkan Presiden sahnya
dipecat, dan untuk mencuaikan syariat tuhannya. Semuanya akan mendatangkan
kemurkaan dan pembalasan dari Allah. Jangan kamu sangka Allah cuai berkenaan
apa sahaja yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim.
Saya menyaru dari dalam hati
saya kepada seluruh rakyat mesir yang saya cintai dan sanggup berkorban
untuknya. Saya tidak inginkan ganjaran ataupun pujian. Saya hanya inginkan
keredhaan Allah yang satu. ASaya menyeru seluruh rakyat Mesir samada di
pendalaman (as-Sooied) atau di kawasan pantai (Wajhu Bahri), dikota dan desa,
di padang pasir, kampong, saya menyeru kesemua lelaki dan perempuan, tua dan
muda, kaya dan miskin, pegawai atau buruh, muslimin , kristian, libralis untuk
sama-sama berdiri dalam satu saf demi memelihara hasil utama revolusi kita
iaitu Kebebasan dan demokrasi, dan bebas dari cengkaman diktator. Kita tidak
akan lepaskannya kepada pemerintah yang
juga diltator samada dari kalangan sivil mahupun tentera. Inilah yang terjadi
kepada beberapa Negara yang lain, hilang kebebadannya dan hanya memperolehinya
selepas jangkamasa yang lama. Tiada usaha dan upaya melainkan dengan izin
Allah.
Ya Allah jagalah Mesir kami,
peliharalah rakyat kami dan janganlah Kamu binasakan kami dengan perbuatan
golongan-golongan yang bodoh di kalangan kami. Amiin.
No comments:
Post a Comment