Wednesday, December 18, 2013

Gantung Abdul Qader Mulla... seorang lagi Syed Qutb !!!

terjemahan: UsTACZ
Sumber: ikhwanonline.com

إعدام عبد القادر ملا.. سيد قطب آخر!!

[14-12-2013][10:40:25 مكة المكرمة]

بقلم: عمر الفاروق
في ‏13 ديسمبر، 2013‏، الساعة ‏06:10 مساء ‏أمس في بلاد تدعى بنجلاديش كان هناك سيد قطب جديد!.
Semalam di negara yang dipanggil Bangladesh, di sana ada Syed Qutb baru!!
تم تنفيذ حكم الإعدام بحق القيادي الإسلامي المعارض "الأستاذ عبد القادر ملا" مساعد الأمين العام للجماعة الإسلامية- أكبر الأحزاب الإسلامية هناك!
Telah terlaksana hukuman gantung terhadap seorang pemimpin pembangkang dari Jamaah Islam, Ustaz Abdul Qader Mulla, Penolong Setiausaha Agungnya, iaitu Parti Islam terbesar di Bangladesh.
"الجماعة الإسلامية في باكستان والهند وبنجلاديش كانت جماعة واحدة أسسها الإمام "أبو الأعلى المودودي"- رحمه الله- وحين استقلت كل دولة عن الأخرى استقلت الجماعة الإسلامية في بنجلاديش عن شقيقتيها، لكن الأهداف والمبادئ وأساليب العمل للإسلام واحدة!
Jamaah Islamiah di Pakistan, India dan Bangladesh berasal dari satu jamaah yang telah diasaskan oleh Imam Abul A'la Maududi rahimahullah. Ketika semua negara berpecah, Jamaah Islamiah di Bangladesh juga berpisah dari saudara (adik beradiknya), namun objektif, prinsip dan metodologi amal untuk Islam masih sama. 
الجماعة الإسلامية- بصفة عامة- متأثرة بالأدبيات السياسية والدعوية لحركة الإخوان المسلمين، ولهذا فإنها تنتهج خط الدعوة إلى الله بالحكمة والموعظة الحسنة ونبذ العنف، والتغيير من خلال الأساليب السلمية!.
Jamaah Islamiah secara umumnya terkesan dengan cara kerja dakwah dan harakah Ikhwan Muslimin, justeru ia mengambil pendekatan dakwah kepada Allah dengan hikmah dan menasihati dengan cara terbaik serta menjauhkan diri dari sikap melampau. Perubahan dilakukan melalui jalan damai.
لنفهم القضية... لماذا اعدموا الرجل؟!
Untuk kita memahami isu..kenapa mereka membunuh lelaki ini?!
قبل (41 عامًا) وبالتحديد في سنة (1971)م خاضت بنجلاديش حربًا ضروسًا (حرب الاستقلال) ضد باكستان للانفصال عنها بمساعدة القوات الهندية المسلحة!
Sejak 41 tahun lampau, iaitu pada tahun 1971 Bangladesh menghadapi peperangan sengit (perang untuk menuntut kemerdekaan) menentang Pakistan untuk menuntut pemisahan dengan bantuan tentera bersenjata India.
عارض الأستاذ عبد القادر ملا (مع باقي قادة الجماعة الإسلامية) هذا المخطط التقسيمي والانفصال عن باكستان للحفاظ على كيانها الإسلامي في المنطقة في مواجهة العداء الهندوسي ولدعم استقلال كشمير!
Ustaz Abdul Qader bersama pimpinan Jamaah Islamiah yang lain menentang perancangan pemisahan ini demi memelihara kesatuan Islam di zon tersebut yang dalam masa sama berhadapan dengan permusuhan hindu dan sokongan terhadap kemerdekaan Kashmir.
الهند ومن خلال منافذها في بنجلاديش سعت إلى القضاء على الوجود الإسلامي المنظم الذي يعبر عن طموحات هذا الشعب المسلم من خلال تعزيز قوة الحكومة وحثها على محاربة الإسلاميين في بلادها !
India melalui tangan-tangannya di Bangladesh berusaha untuk menghapuskan kewujudan puak-puak Islamiah (tanzim yang bersistem), yang mewakili kehendak rakyat muslim. Caranya ialah dengan memperkasakan kekuatan kerajaan yang ada disamping menggesa bersungguh-sungguh memerangi Islamiyyin di dalam negaranya.
قصة المحاكمة !
Kisah penghakiman!
بعد مجيء الحكومة الحالية ببنجلاديش إلى الحكم عام 2008 قامت بإنشاء "المحكمة الدولية لجرائم الحرب" التي وجدت خصيصًا لمحاكمة من وصفتهم الحكومة "بمجرمي حرب"!
Selepas terbentuknya kerajaan Bangladesh sekarang pada tahun 2008, kerajaan menubuhkan mahkamah negara untuk mengadili jenayah perang, khusus untuk menghukum terhadap mereka yang disifatkan sebagai penjenayah perang.
وفي أول حُكم من نوعه، قضت المحكمة العليا في بنجلاديش يوم (الثلاثاء 17 سبتمبر 2013م) بإعدام مساعد الأمين العام للجماعة الإسلامية الأستاذ عبد القادر ملا شنقًا بعد أن رفضت الطعن المقدم منه على الحُكم الصادر بحقه من المحكمة الدولية لجرائم الحرب في بنغلاديش بالسجن المؤبد!.
Pertama kali dalam sejarah, Mahkmah Tinggi di Bangladesh pada hari Selasa tanggal 17 September 2013 telah mengeluarkan hukuman gantung hingga mati terhadap Penolong Setiasusaha Jamaah Islamiah, Ustaz Abdul Qader Mulla, iaitu perubahan dari hukuman asal dipenjarakan seumur hidup sebelumnya.
وبذلك فإن المحكمة العليا قد غلظت العقوبة المفروضة عليه ونقضت بذلك لأول مرة في تاريخ جنوب آسيا حكمًا قضائيًّا صدر من محكمة استثنائية!!
Dengan demikian Mahkamah Tinggi telah menambah hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya pertama kali dalam sejarah Asia Selatan; hukuman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Khas.
على درب سيد قطب..! أعلن السجان خلال حديثه لوسائل الإعلام أن الأستاذ عبد القادر ملا يستطيع أن يقدم طلبًا للرئيس بالعفو عنه في غضون سبعة أيام، وهو ما يعني أنه أن الفرصة كانت قائمة حتى 15 ديسمبر، وبعد ذلك وحسب قانون إدارة مصلحة السجون هناك فإن الأستاذ عبد القادر ملا يحصل على 21 يومًا أخرى قبل تنفيذ الحكم عليه!.
Seperti yang pernah berlaku kepada Syed Qutb..! Para penguasa penjara melalui wawancara mereka bersama media mengiklankan bahawa Ustaz Abdul Qader Mulla berpeluang memohon keampunan dalam masa 7 hari, iaitu tempohnya sehingga ke tarikh 15 Disember, di mana selepas itu berdasarkan undang-undang pentadbiran bagi kebajikan tahanan yang dipenjarakan Ustaz Abdul Qader Mulla akan diberi tempoh selama 21 hari selepas itu sebelum dilaksanakan hukuman tersebut.
رد الشيخ: "إنني لم ولن أطلب عفوًا رئاسيًّا من أحد، فلا أحد في هذا الكون يستطيع أن يتحكم في حياة أو موت أحد، فالله سبحانه وتعالى هو وحده يقرر طبيعة موت عباده، فالحكم لن ينفذ بقرار أحد وإنما سينفذ بقرار رب العالمين، وأنا مؤمن بقضاء الله وقدره"!.
Jawapan Sheikh: "Sesungguhnya saya tidak sekali-kali akan memohon keampunan dari sesiapapun. Tidak ada seorangpun di alam ini berupaya menentukan hidup atau mati seseorang. Allah Subhanahu Wata'ala sahajalah yang memutuskan cara matinya seorang hamba. Hukuman tidak akan terlaksana dengan keputusan dari seseorang. Ia sesungguhnya adalah keputusan/ketentuan daripada Rabbul Alamin. Saya beriman dengan ketentuan dan taqdir daripada Allah".
وصية الأستاذ عبد القادر ملا لأهله!
Wasiat beliau kepada keluarganya!
قامت عائلة الأستاذ عبد القادر ملا في تمام الساعة الثامنة من مساء يوم الأربعاء بزيارته في محبسه في السجن المركزي بعد أن قامت إدارة مصلحة السجون بإخطارهم باللقاء معه بصفة عاجلة!.
Pada pukul 8:00pm hari Rabu, keluarga Ustaz Abdul Qader Mulla menziarahinya di tempat tahanan beliau selepas Pentadbiran Kebajikan Tahanan memaklumkan pertemuan mengejut itu.
وخلال اللقاء أبلغ الأستاذ عبدالقادر ملا أفراد عائلته بأنه لا يعرف شيئًا عن إخطار إدارة مصلحة السجون عائلته باللقاء معه، وقد علم بذلك بعد أن التقى بعائلته في السجن، مضيفًا بأنه وحتى الآن لم يتم تبليغه رسميًّا بموعد تنفيذ الحكم، ولم يقوموا بإجراء الفحص الطبي له قبيل تنفيذ الحكم!.
Dalam pertemuan tersebut, Ustaz memaklumkan bahawa beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu pertemuan tersebut. Dia hanya mengetahui bila pertemuan itu berlaku. Beliau menambah bahawa sehingga ke saat pertemuan tersebut pun tidak ada maklumat resmi dimaklumkan tentang waktu akan dilaksanakan hukuman. Hingga ke saat itu tidak ada medical checkup dibuat sebelum dilaksanakan hukuman gantung.
قال الأستاذ عبد القادر ملا لعائلته: "إنني كنت وليكم، وإذا قامت الحكومة بقتلي بطريقة غير شرعية وغير قانونية فإنني سأموت موتة الشهداء، حيث إن الله سبحانه وتعالى سيكون وليكم بعد استشهادي، فهو خير حافظا وخير ولي، ولهذا لا داعي للقلق، فأنا بريء تمامًا من جميع التهم التي وجهت إليّ، مؤكدًا بأنني وبسبب ارتباطي بالحركة الإسلامية في هذه الدولة تقوم الحكومة بقتلي، فليس كل واحد منا يستطيع أن يفوز بالشهادة، وهذا تكريم وشرف من الله عز وجل أن يسر لي أن أموت موتة الشهداء، وهو ما سيكون من أعظم ما اكتسبته في حياتي فالشهيد هو الذي يتذوق حلاوة شهد لا يشعر بها سواه، وكل قطرة من دمي سيعجل من سقوط الظالم المستبد وسيزيد الحركة الإسلامية قوةً ونشاطًا، فأنا لست قلقًا على نفسي بقدر ما أنا قلق على مستقبل هذه الدولة والحركة الإسلامية والصحوة الإسلامية في هذا البلد، وقد قدمت حياتي فداء للحركة الإسلامية والله على ما أقوله شهيد".
Pesanan beliau kepada keluarganya: "Saya dulu adalah penjaga kalian. Bila kerajaan keluarkan hukuman membunuh saya dengan cara tidak sah mengikut lunas undang-undang, saya akan mati sebagai syuhada' di mana Allah menjadi penjaga kalian selepas syahidnya aku. DIA lah sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik pemelihara. Justeru tiada sebab untuk kalian merasa bimbang. Saya bersih dari sebarang tuduhan yang dikatakan itu, kerana yang pastinya saya dibunuh kerana ikatan saya dengan dengan Jamaah Islamiah. Tidak semua dari kalangan kita mampu memperolehi syahid. Ini adalah kemuliaan daripada Allah yang menggembirakan saya mati dalam kalangan syuhada'. Ia adalah habuan/kurniaan terbesar yang pernah saya cita-citakan dalam hidup saya. Maka orang yang mati syahid ialah orang yang akan menikmati halawah syuhdi (kemanisan syahid), ia tidak dapat dikecapi oleh orang selainnya. Setiap titisan darah saya akan mempercepatkan jatuhnya penzalim yang diktator dan akan menyemarakkan lagi perjuangan Islam di negara ini. Saya telah mengorbankan jiwa raga saya untuk Harakah Islamiah, dan Allah menjadi saksi di atas apa yang saya ucapkan".
وفي النهاية، طالب مساعد الأمين العام للجماعة الإسلامية من عائلته أن يتحلوا بالصبر، لأن هذا هو الطريق الوحيد الذي به سينالون الأجر من عند ربهم، إنني أطلب من الشعب الدعاء لأن يتقبل الله شهادتي، بلغوا سلامي للشعب!.
Di akhir pertemuannya, beliau meminta kaum keluarganya bersabar kerana inilah satu-satunya jalan yang dengannya mereka beroleh ganjaran di sisi Tuhan mereka. Saya memohon agar rakyat seluruhnya mendoakan mudah-mudahan Allah menerimanya sebagai syahid, sampaikan salam ku kepada semua rakyat!.
زوجة الشيخ عبد القادر ملا تلوح بعلامات النصر بعد صدور قرار الإعدام بحق زوجها! وكأني أسمعها تقول "فاز ورب الكعبة.. فاز ورب الكعبة.
Isteri beliau menunjukkan isyarat kemenangan selepas keluar keputusan gantung ke atas suaminya. Seolah-olah saya mendengar beliau (isteri) berkata: "Telah menang, demi Tuhan pemilik Ka'abah.. telah menanglah dia, demi Tuhan Ka'abah".
ختامًا: أعدم الرجل مساء يوم الخميس 12-12- 2013 وسط صمت عربي وإسلامي ودولي رهيب.. مات الرجل لكن أفكاره وحركته ستظل حية تسري في جسد الأمة!.
Akhirnya: Lelaki ini telah digantung pada petang hari Khamis 12 Disember 2013 dalam suasana kebisuan bangsa arab dan Islam yang amat menyedihkan.. lelaki ini mati namun fikrah, gerakannya tetap akan berterusan hidup di dalam jasad umat ini!...

No comments: