Thursday, December 5, 2013

Kembalilah Bertaubat Kepada Allah SWT


Tazkirah ana pagi tadi di Surau Presint 11, Putrajaya, semoga bermanfaat di kala semua sedih dengan kejadian banjir di Pahang, Terengganu dan Segamat, Johor...

1. Syukur Allah memperdengarkan kita al-Quran di dlm solat pg ini; dua dlm satu, iaitu di dlm solat Allah bercakap dgn kita dan kita bercakap dgn Allah SWT.

2. Digalakkan Imam baca dua Surah penting pd hari Jumaat ini, iaitu Surah As-Sajdah dan Al-Insan. Kedua2 surah bawa kita bermusafir meninjau beberapa hakikat, antaranya hakikat asal usul kejadian insan, tugasannya dan ke mana akhirnya...

3. Bila kita baca al-Quran, ia bawa kita ke akhirat, tentang balasan baik dan jahat, syurga dan pahala, tujuannya agar hati kita bersih suci serta ikhlas utk mencari keredhaanNya jua.

4. Hakikatnya hidup ini ujian Allah utk manusia merasai sebahagian azabNya agar manusia kembali semula kpdNya dlm kadar segera tanpa tangguh...

Allah berfirman;
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
"Telah lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan dengan sebab tangan manusia (kejahatan manusia) agar Allah merasakan kepada mereka sebahagian yang dilakukan oleh sebahagian yang lain, mudah-mudahan mereka semua kembali kepada Allah (bertaubat)".
(Surah ar-Rum; 41)

akhukum UsTACZ

No comments: